Nyumilicious!

0
COM
Semalam Nur baru jer dapat yogurt maker baru. Dapat jer terus keluar cari barang untuk project yogurt.Pertama kali dalam hidup, buat yogurt untuk yang tersayang. Alhamdulillah, menjadi juga. Terima kasih kepada Chef Donna! Rupanya senang jer nak buat yogurt ni.

Bawah ni Nur share picturenya. 



Semasa dalam yogurt maker, kena biarkan selama 12jam

Hasil selepas 12 jam dalam yogurt maker dan 10 jam di luar-kena tutup tau

Teksturnya sangat cantik

Kalau perasan ada air pada permukaan, jangan dibuang, nanti tak sedap

dan akhir sekali, inilah 'yogurt maker' yang sebenar ^_^



Yippiiiiiii....Yogurt Maker dah Sampai!

0
COM
Happy sangat bila tetiba ada horn berbunyi depan rumah walau bingit. Sebab, barang yang dinanti-nanti dah sampai!



Just exactly macam yang di tunjuk dalam picture. So, hari ni jugak projek yogurt jalan. Yogurt Maker ni didatangi dengan beberapa resipi seperti strawberry yogurt, yogurt with syrup, chocolate, coffee, caramel and vanilla yogurt; dan zest yogurt.

Nanti bila dah siap Nur upload ok? ^_^

Sebenarnya Saya Isteri....Orang ;-p

0
COM
Hampir seminggu Nur kena tinggal sorang-sorang di rumah. Sunyi sangat. Takut pon ada. Disebabkan tak tahu nak buat apa (walaupun sekarang study week), Nur layanlah drama melayu. 

Macam best la pulak. Baru tengok 1 episod kat TV. Tak boleh jadi ni. Last-last, Nur buka laptop dan mula meng'google.


Jumpa!!!

Layan drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' dari episod 1 sampai 8. Nur sebenarnya tak berapa layan sangat drama-drama ni. Tapi, disebabkan lama sudah tak tengok drama, rasa macam best pulak cerita ni. Tak cukup dengan itu, Nur pi cari novel pula. Tak sabar-sabar nak tahu endingnya.



First time tengok Izzue Islam berlakon. Sebelum ni tak pernah tahu pon kewujudannya. Hehe...lambat kan? 

Gandingan comel Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.


Minuman Yogurt yang Best!

2
COM
Nur mempunyai seorang sepupu yang sangat berbakat dalam bidang masakan walaupun dia tidak mendapat didikan formal dalam ilmu masak-memasak ni. Hanya berdasarkan minat yang sangat-sangat mendalam.

Setiap hari, aktiviti wajibnya adalah meonton rancangan masakan, mencari dan mencuba resipi-resipi baru di internet terutamanya resipi pencuci mulut atau dessert mengikut selera tekaknya.

Sekarang, virus yang tengah melanda dia ialah virus kegilaan kepada minuman yogurt buatan sendiri. Kalau bertandang ke rumahnya, hidangan yang wajib adalah minuman yogurt buah mangga.




Disebabkan selalu sangat ke rumahnya, Nur juga terkena tempiasnya. Tak puas rasanya kalau Nur tak buat yogurt sendiri. Akhirnya, hari ini Nur beli Yogurt Maker keluaran Trio.

Inilah rupanya...

Jadi, memandangkan tak lama lagi bulan Ramadhan, bolehlah Nur cuba buat sendiri. Untung dapat berbuka dengan yogurt mangga sejuk! Nyummmm...

Yogurt maker ni Nur beli di Lazada. Hari ni order, esok sampai. 

Anda Memiliki Sesuatu atau Sesuatu Memiliki Anda?

0
COM

Mungkin ada yang pernah mengalami situasi ini;

Kenapa tak 'upgrade' kereta? 
Kenapa tak tukar telefon bimbit 'up-to-date'?


Sebelum anda menjawab soalan sebegitu, tanya diri anda;

Adakah anda memiliki kereta, atau kereta memiliki anda?
Adakah anda memiliki telefon, atau telefon memiliki anda?

Kuasa memilih di tangan anda, bukan pada kata-kata orang...
Jangan kerana terlalu memikirkan kata-kata atau pandangan orang, anda membiarkan kaki anda terjerumus dalam lubang yang anda gali sendiri. Sudahnya, lebih banyak lubang yang anda akan gali untuk menutup lubang yang lain.